Isnin, 12 Disember 2016

Zon pantai merupakan kawasan dimana berlaku interaksi antara lautan dan daratan. Pantai menpunyai kurang 15% daripada permukaan tanah di bumi. Pantai menampung lebih daripada 40% populasi penduduk dunia. Zon pantai amat penting kepada manusia kerana menghasilkan banyak kekayaan seperti perkapalan dan perlancongan
Banyak faktor yang menyumbang masalah   pengurusan pantai .Salah satu punca adalah pengurusan pantai mermerlukan kos yang Tinggi. Kos yang mahal diperlukan untuk membina binaan bagi melindungi pantai yang mengalami masalah hakisan. Pembinaan seawall dan Break Water mermerlukan kos yang mahal untuk pembinaan.  Ini akan menjadi salah satu cabaran untuk usaha perlindungan dalam menhadapi masalah kenaikan paras air laut di kawasan persisiran pantai. RM 70.5 Juta kos diperuntukkan untuk menangani masalah hakisan di Pantai Tok Jembal.
Kedua punca masalah pengurusan zon pantai ialah pembuat keputusan (ahli politik) lebih mementingkan keuntungan berbanding pengurusan pantai. Ahli politik meluluskan projek pembinaan di kawasan pantai tanpa mermikirkan kesan panjang kepada kesihatan pantai. Sebelum meluluskan sesuatu projek ahli politik perlu mengambil nasihat daripada golongan akademik yang menpunyai kepakaran dalam pengurusan persisiran pantai. Sebagai contoh pembinaan empangan akan mengurangkan jumlah sediment ke pantai.  
Selain itu, rasuah menjadi punca masalah pengurusan persisiran pantai. Projek yang diluluskan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dalam EIA .Syarat dalam EIA perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum projek dapat dijalankan. Pemaju perlu mengadakan rundingan awam dan berbincang mengenai orang ramai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.Orang perlu turut terlibat untuk memberi komen dan maklum balas tentang syarat – syarat EIA. Jika salah satu syarat EIA tidak tercapai, pembangunan tidak boleh diteruskan. Namun kerana rasuah walaupun projek tidak mengikut syarat yang ditetapkan dalam EIA, tetapi masih boleh dijalankan.
Selain itu, kegiatan ekonomi menjadi punca masalah pengurusan persisiran pantai. Aktiviti pembalakan pokok bakau menyebabkan kemusnahan hutan paya bakau dan ini akan menjejaskan ekosistem zon pinggir pantai. Aktiviti guna tanah manusia akan meninggalkan kesan negative terhadap persekitaran zon pinggir pantai. Hutan paya bakau di seluruh negara telah ditebusguna dengan pembinaan peternpatan, pertanian, perindustrian dan projek akuakultur. Ini menyebabkan kadar hakisan sernakin bertambah sehingga melebihi 10 cm/tahun.

Pada masa yang sama daya fizikal seperti faktor air pasang dan ombak turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai. Punca daripada daya fizikal sukar untuk dikawal. Faktor – faktor ombak, arus dan angin semasa air pasang yang menggalakkan proses hakisan. Ini meningkatkan keupayaan air laut untuk mengangkut atau mengendapkan bahan sedimen dalam jumlah yang besar. faktor ombak dan angin adalah faktor utama yang mengkibatkan hakisan pantai terutama semasa air pasang besar. Setiap kali selepas kejadian ombak besar, bahagian tepi pantai boleh mengalami hakisan. Walau bagairnanapun, tahap hakisan pantai masih boleh dikawal dengan membina struktur benteng.
Kelonggaran perlaksaaan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai sama ada pihak berkuasa persekutuan, negeri atau tempatan. Penguatkuasaan pula akan dapat dilakukan dengan berkesan seandainya pihak yang bertanggungjawab mengenainya arif tentang tugas dan kuasa yang ada pada mereka di samping kerjasama dari semua pihak dan orang awam. Kelonggaran perlaksanaan penguatkuasaan menyebabkan kualiti perairan pinggir pantai Malaysia masih jauh dari tahap yang memuaskan walaupun terdapat pelbagai undang undang dan peraturan yang digubal bagi membendung masalah pencemaran.  

Kesedaran individu yang lemah mengenai kepentingan mengenai pantai turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai. Konsep kitar semula mampu menjaga kebersihan pantai daripada pembuangan sampah di kawasan pantai. . Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Selain daripada itu, terdapat juga individu masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan