Isnin, 12 Disember 2016

Zon pantai merupakan kawasan dimana berlaku interaksi antara lautan dan daratan. Pantai menpunyai kurang 15% daripada permukaan tanah di bumi. Pantai menampung lebih daripada 40% populasi penduduk dunia. Zon pantai amat penting kepada manusia kerana menghasilkan banyak kekayaan seperti perkapalan dan perlancongan
Banyak faktor yang menyumbang masalah   pengurusan pantai .Salah satu punca adalah pengurusan pantai mermerlukan kos yang Tinggi. Kos yang mahal diperlukan untuk membina binaan bagi melindungi pantai yang mengalami masalah hakisan. Pembinaan seawall dan Break Water mermerlukan kos yang mahal untuk pembinaan.  Ini akan menjadi salah satu cabaran untuk usaha perlindungan dalam menhadapi masalah kenaikan paras air laut di kawasan persisiran pantai. RM 70.5 Juta kos diperuntukkan untuk menangani masalah hakisan di Pantai Tok Jembal.
Kedua punca masalah pengurusan zon pantai ialah pembuat keputusan (ahli politik) lebih mementingkan keuntungan berbanding pengurusan pantai. Ahli politik meluluskan projek pembinaan di kawasan pantai tanpa mermikirkan kesan panjang kepada kesihatan pantai. Sebelum meluluskan sesuatu projek ahli politik perlu mengambil nasihat daripada golongan akademik yang menpunyai kepakaran dalam pengurusan persisiran pantai. Sebagai contoh pembinaan empangan akan mengurangkan jumlah sediment ke pantai.  
Selain itu, rasuah menjadi punca masalah pengurusan persisiran pantai. Projek yang diluluskan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dalam EIA .Syarat dalam EIA perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum projek dapat dijalankan. Pemaju perlu mengadakan rundingan awam dan berbincang mengenai orang ramai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.Orang perlu turut terlibat untuk memberi komen dan maklum balas tentang syarat – syarat EIA. Jika salah satu syarat EIA tidak tercapai, pembangunan tidak boleh diteruskan. Namun kerana rasuah walaupun projek tidak mengikut syarat yang ditetapkan dalam EIA, tetapi masih boleh dijalankan.
Selain itu, kegiatan ekonomi menjadi punca masalah pengurusan persisiran pantai. Aktiviti pembalakan pokok bakau menyebabkan kemusnahan hutan paya bakau dan ini akan menjejaskan ekosistem zon pinggir pantai. Aktiviti guna tanah manusia akan meninggalkan kesan negative terhadap persekitaran zon pinggir pantai. Hutan paya bakau di seluruh negara telah ditebusguna dengan pembinaan peternpatan, pertanian, perindustrian dan projek akuakultur. Ini menyebabkan kadar hakisan sernakin bertambah sehingga melebihi 10 cm/tahun.

Pada masa yang sama daya fizikal seperti faktor air pasang dan ombak turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai. Punca daripada daya fizikal sukar untuk dikawal. Faktor – faktor ombak, arus dan angin semasa air pasang yang menggalakkan proses hakisan. Ini meningkatkan keupayaan air laut untuk mengangkut atau mengendapkan bahan sedimen dalam jumlah yang besar. faktor ombak dan angin adalah faktor utama yang mengkibatkan hakisan pantai terutama semasa air pasang besar. Setiap kali selepas kejadian ombak besar, bahagian tepi pantai boleh mengalami hakisan. Walau bagairnanapun, tahap hakisan pantai masih boleh dikawal dengan membina struktur benteng.
Kelonggaran perlaksaaan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai sama ada pihak berkuasa persekutuan, negeri atau tempatan. Penguatkuasaan pula akan dapat dilakukan dengan berkesan seandainya pihak yang bertanggungjawab mengenainya arif tentang tugas dan kuasa yang ada pada mereka di samping kerjasama dari semua pihak dan orang awam. Kelonggaran perlaksanaan penguatkuasaan menyebabkan kualiti perairan pinggir pantai Malaysia masih jauh dari tahap yang memuaskan walaupun terdapat pelbagai undang undang dan peraturan yang digubal bagi membendung masalah pencemaran.  

Kesedaran individu yang lemah mengenai kepentingan mengenai pantai turut menjadi punca masalah dalam pengurusan zon pantai. Konsep kitar semula mampu menjaga kebersihan pantai daripada pembuangan sampah di kawasan pantai. . Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Selain daripada itu, terdapat juga individu masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan .

Rabu, 7 Disember 2016

Sebuah NGO di Israel telah membuat laporan mengenai projek yang akan dilaksanakan di Tepi pantai di kawasan Tel Aviv, dari Herzliya di utara ke Bat Yam di selatan. Kawasan ini akan berubah secara radikal dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dan sebahagian besar daripada kawasan lapang yang lain akan hilang dan digantikan dengan pembinaan. Laporan tersebut  dikeluarkan oleh Society for the Protection of Nature menganalisis pelan bangunan di sepanjang pantai di kawasan Tel Aviv. Society for the Protection of Nature telah membuat tinjauan keatas   22 rancangan pembinaan berhampiran pantai. Daripada 22 rancangan pembinaaan hanya 6 mengambarkan dapat memberikan perlindungan kepada pantai.  

Laporan yang dilakukan oleh Society for the Protection of Nature (SPNI) turut menunjukkan kesan positif   daripada rancangan ini, seperti membuka pantai baru kepada orang ramai dan merancang sebuah taman berhadapan pantai di utara Tel Aviv. Society for the Protection of Nature (SPNI) turut mendesak rancangan pembinaan lebih memikirkan kepentingan alam sekitar, mengurangkan pembinaan di sepanjang boardwalk di Herzliya dan tidak membenarkan pembinaan tambahan untuk menara kediaman dan hotel.Kumpulan NGO ini turut menyeru mengisytiharkan kawasan berhampiran laut di luar pantai Jaffa berhampiran kejiranan Givat Aliya sebagai taman negara.. Society for the Protection of Nature (SPNI) risau pelan ini akan menceroboh kawasan pantai tetapi dewan bandar berkata ia sebenarnya akan meningkatkan akses untuk orang ramai ke pantai.’
  pertubuhan NGO di Malta menyeru penguatkuasaan yang lebih tegas dan pengurusan sisa pantai yang lebih  baik supaya pantai di Malta lebih bersih. NGO ini berpendapat larangan aktiviti barbeque di pantai masih tidak masih tidak cukup untuk pastikan pantai bersih. Namun,menyokong larangan aktiviti barbque kerana aktivitii ini menghasilkan banyak sampah di pantai.  Masalah utama di Malta ialah masalah sampah, Walaupun masalah sampah dikaitkan dengan sikap individu, penguatkuasaan undang-undang adalah sangat teruk di malta. Selain  itu larangan pantai dikuasai oleh kumpulan yang besar kerana kumpulan yang besar akan menghasil sampah yang banyak dipantai.  

Ahad, 4 Disember 2016

Berdasaran article yang dikeluaran oleh Seychelles new agency pada June 12, 2015, Jumaat . Banyak pihak NGO yang telah membantu pulau Seychelles untuk menyelesaikan  masalah hakisan pantai yang berlaku di pulau ini . Masalah hakisan pantai yang berlaku di pulau Seychelles adalah disebabkan oleh kenaikan aras laut dan ombak besar yang menhempap kawasan pantai. Pada tahun 2011 JICA Japanese International Corporation Agency (JICA) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti kadar hakisan dan langkah yang boleh dilaksanakan. Namun, tidak dapat dilakasanakan kerana masalah kekurangan bajet dan tiada tindakan susulan yang dilakukan dikawasan  kejadian. Namun sebuah NGO MMF (mangrove for the future) sebuah organisasi NGO antarabangsa telah menyediakan geran dan berkerjasama dengan komuniti setempat untuk menyelesaikan masalah hakisan pantai. Dana sebanyak 45 ribu dolar telah diperuntukkan untuk menyiasat masalah hakisan dan cara mengatasi. Antara penyelesaian yang dicadangkan lalah pembinaan dinding batu di dua kawasan di sepanjang pantai, penanaman semula pokok bakau ,kajian topografi untuk menentukkan ketinggian tanah dan menilai kepelbagaian hidupan laut termasuk batu karang .
Pihak NGO turut terlibat dalam membantah pembangunan kawasan pantai di Teluk St George di St Julian’s. NGO yang terlibat ialah Din l-Art Ħelwa, Flimkien għal Ambjent Aħjar dan Friends of the Earth Malta .NGO tersebut telah  membantah projek ini kerana ia bertentangan dengan Akta yang baru diluluskan oleh pihak kerajaan. Din l-Art Ħelwa sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1965 untuk melindungi warisan sejarah ,  seni dan alam semulajadi di Pulau Malta telah mengeluarkan kenyataan bahawa  kawasan  Teluk St George tidak boleh diberikan kepada pemaju untuk pembangunan dan mengesa pihak kerajaan untuk melindungi kawasan 15 meter daripada garis pantai . Pihak NGO berkenaan amat menyokong Akta yang baru diluluskan kerana dapat memberikan peluang kepada pihak kerajaan untuk melindungi kawasan persisiran pantai. Namun,hakikatnya pihak berkepentingan memberikan lampu hijau kepada pemaju dan meletakkan keuntungan peribadi sebelum kepentingan awam dalam membuat keputusan. 



Di pantai Tanjung Aru di Sabah terdapat sebuah NGO Save Open Space Kota Kinabalu (SOSKK) Terlibat dalam membantah projek menukar pantai semulajadi kepada pantai buatan .NGO ini turut mendakwa hakisan pantai yang berlaku dikawasan pantai Tanjung Aru masih seimbang dan meraka mendakwa tiada berlaku hakisan pantai dan menyangkal  dakwaan hakisan pantai telah berlaku 60 – 70 meter dari garis pantai .dan menganggab hakisan pantai di Tanjung Aru merupakan proses bermusim yang semulajadi. Save Open Space Kota Kinabalu (SOSKK) menganggap projek yang akan dijalankan “Tanjung Aru Eco Development’s (TAED)” dalah projek tidak mesra alam kerana tidak mengambil kira nilai estetika, nilai sentimental dan warisan yang terdapat di pantai Tanjung Aru.  Projek ini hanya merugikan kerana mermerlukkan kos yang besar sebanyak RM 45 Juta setahun untuk memulihara pantai buatan. 300 000 tan padu pasir yang digunakan akan hanyut semula ke laut semasa musim monson berlaku.
USAID merupakan sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat telah mengadakan sebuah bengkel yang berlangsung pada Jun 2016 di Cape coast berikutan peristiwa banjir besar yang berlaku kejadian banjir yang disebabkan air pasang besar di kawasan persisiran Ghana. Bengkel dua hari ini telah dibiayai sepenuhnya oleh USAID untuk membincangkan isu -  isu penting yang berkaitan pengurusan persisiran pantai meliputi hakisan pantai , banjir , kejuruteraan pantai dan sebagainya. Bengkel ini telah dihadiri oleh tiga puluh empat pihak berkepentingan daripada  pelbagai bahagian termasuk agensi kerajaan , Universiti , NGO , Media Massa dan komuniti yang terjejas dengan bencana alam yang melibatkan kawasan persisiran pantai . Bengkel ini merupakan usaha yang baik kerana semua pihak yang berkepentigan dapat berbincang isu masalah berkaitan pengrusan persisiran pantai di bawah satu bumbung dan mendapat penyelesaian bersama.
Mare Nostrum project merupakan institusi pengurusan persisiran pantai yang bersepada (ICZM) di kawasan zon Mediterranean. Mare Nostrum Project merupakan projek yang dibiayai oleh Pertubuhan Eropah bertujuan untuk menkaji cara baru nntuk melindungi  dan menguruskan pantai di zon Mediterranean.




Selain itu Mare Nostrum berperanan dalam merapatkan jurang dasar perlaksanaan Integrated Coastal Zone Management (ICZM) dengan kesan sebenar di lapangan.  Institusi ini telah membuat kajian yang dianggotai dikalangan 43 organisasi alam sekitar dari 11 buah negara seperti. Sepanyol, Perancis, Itali, Israel, Malta, Greece, Croatia, Albania, Cyprus, Slovenia dan Monaco Hasil daripada dapatan kajian mendapati masalah berkaitan persisiran pantai di zon mediterraneen adalah 93% tekanan pembangunan , Ini diikuti oleh penangkapan ikan berlebihan (84%), tekanan pelancongan (81%), peningkatan sampah (81%), pencemaran kimia (65%) dan hakisan pantai (63%).  Selain itu masalah berkaitan persisiran pantai di zon Mediterranean jelas berpunca daripada pembangunan yang tidak terkawal di kawasan lembangan Mediterranean. Kajian yang dijalankan oleh Mare Nostrum merupakan kajian yang pertama kali dianjurkan di Mediterranean untuk mengenal pasti cabaran utama dan keperluan   yang berkaitan dengan perlindungan pantai Mediterranean. Kajian ini akan menjadi platform untuk pihak berkepentingan terlibat dalam ICZM (Pengurusan Bersepadu Zon Pantai) dan pemuliharaan sepanjang pantai Mediterranean.
Mare Nostrum Project turut mengesa semua kerajaan di zon Mediterranean supaya berkerjasama dalam mengambil tindakan menangani masalah hakisan pantai.Risiko hakisan pantai dihadapi oleh  semua negara mediterranean.Menurut Prof. Rachelle Alterman, pengasas dan penyelaras Mare Nostrum usaha melawan hakisan mermerlukan pelaburan yang besar dan semua negara perlu melihat masalah ini sebagai isu yang serius kerana melibatkan asset negara dan antarabangsa
Jamaica Environment Trust (JET) dibentuk pada tahun 1991 oleh sekumpulan penduduk di Jamaica yang perihatin mengenai alam semulajadi di Jamaica. JET merupakan badan bukan kerajaan yang menfokuskan tentang alam sekitar di Jamica. JET telah mengadakan aktiviti “beach cleanup” dan menyasarkan sekurang – kurangnya 10,000 sukarelawan untuk mengumpul sisa bahan pepejal di dasar laut , tebing sungai dan pantai di  di sekeliling pulau.




Program beach clean-up ini turut akan menampilkan seleberiti terkenal dan tokoh masyarakat   untuk menarik minat orang ramai untuk menyertai program ini. Program beach clean-up yang dianjurkan oleh JET dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai dan boleh meningkatkan kualiti tahap kebersihan pantai di Jamaica. 
Dua pertubuhan bukan kerajaan, CCN dan Ocean Conservancy telah mengadakan aktiviti beach clean-up di persisiran lagos pada 24 September 2012.  Program selama seminggu ini diadakan oleh dua NGO tersebut untuk mendidik penduduk di pantai Lagos supaya prihatin mengenai isu berkenaan kesan percemaran , dan sampah sarap  di kawasan pantai dan bertujuan untuk melindungi alam sekitar daripada percerobohan dan kerosakan yang disebabkan oleh pembuangan sisa sampah secara sewenang – wenangnya. Menurut sukarelawan daripada CNN kenaikan paras air laut adalah disebabkan oleh perubahan iklim dan pemanasan global, apabila air laut surut serpihan marin seperti sampah akan tertinggal di pantai, sampah yang terdiri daripada serpihan plastic, komponen kereta dan computer akan membunuh ikan dan organism marin.  Aktiviti yang dianjurkan oleh dua pertubuhan NGO ini berjaya meningkatkan kesedaran di kalangan semua lapisan masyarakat, daripada kerajaan, industri dan institusi pendidikan mengenai kepentingan menjaga dan prihatin mengenai isu pembuangan sampah sarap kepada hidupan marin dan ekosistem di pantai.
Di india sebuah NGO Children’s Movement for Civic Awareness (CMCA) telah berkerjasama dengan  Nickelodeon  telah berjaya   menarik minat 800 kanak – kanak menyertai aktiviti menbersih pantai di Mumbai. Perserta mengutip sisa sampah sarap after the Ganesha immersions. Kanak – kanak akan diajar educated on the hazards of immersing POP idols, exposed to the aftermath and were also taught the advantages of using clay or eco-friendly idols.






Mangrove Action Project (MAP) merupakan sebuah NGO yang menyokong kegiatan pemuliharaan pokok bakau selepas banyak pokok bakau telah musnah kesan kejadian Tsunami di Thailand pada disember 2004. Pokok bakau adalah penting kerana membekalkan sumber bekalan binaan, bekalan makanan, tempat tinggal dan ubat-ubatan.
Oleh itu, komuniti tempatan amat bergantung kepada pokok bakau.  Punca utama menyumbang kepada kehilangan pokok bakau ialah aktiviti perternakan udang secara akuakultur. Mangrove Action Project (MAP) berusaha untuk memberi kesedaran bahawa selain penanaman semula pokok bakau, masalah hidrologi juga merupakan masalah utama kepada pokok bakau. Hal ini kerana ekosistem bakau menpunyai hubungan yang rapat dengan air .Selain itu MAP memberi tumpuan kepada permuliharan proses ekologi pokok bakau sebagai langkah pertama dalam proses permulihaan paya bakau dan mengalakkan penglibatan masyarakat tempatan untuk memastikan bahawa usaha memulihara pokok bakau berjaya.
UNESCO telah melancarkan “The International Day for the Conservation of Mangrove Ecosystem” di Puducherry untuk melindungi hutan bakau yang semakin berkurangan.  Aktiviti ini turut disertai oleh Aalamaram sebuah pertubuhan bukan kerajaan , meraka terdiri dari penduduk kampung sekitar Thyagavalli, Nochikadu, Naduthittu, Thiruchopuram, Poondiyankuppam, Rajapettai dan Sothikuppam.Hampir 5000 anak pokok bakau berjaya ditanam.  Melihat kerjasama semua pihak Aalamaram yang merupakan NGO tempatan telah merancang untuk mengembangkan projek ini ke kampung lain yang berdekatan dengan persisiran pantai. Hutan bakau adalah penting bagi kawasan pantai dan memainkan peranan penting dalam menstabilkan tebing.
           






NGO di India iaitu Watchdog Foundation dan Vanashakti telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Devendra Fadnavis bagi pelan pengurusan Zon Pantai di Mumbai (CZMP). Mumbai adalah sebuah bandar persisiran pantai dan pengurusan zon pantai adalah amat penting seperti penandaan paras High Tide Level (HTL).Penandaan HTL adalah penting kerana  ia melibatkan keselamatan nyawa dan harta rakyat di Mumbai.Memorandum tersebut turut mengesa pihak kerajaan supaya menarik balik rancangan pembangunan yang tidak mengambil kira pelan pengurusan zon pantai.Pengubalan rancangan pembangunan perlu melibatkan Pihak Berkuasa Pengurusan Zon Pantai Maharashtra (MCZMA) bagi memastikan keselamatan pantai dan tiada apa apa pembangunan dilakukan dikawasan zon pantai. Hai ini, penting kerana zon pantai amat sensitive terhadap apa apa pembangunan.
Pondy Citizens’ Action Network are non-profit organization committed to preserve and enhance the natural, social, cultural and spiritual environment. PondyCAN also aims to work towards a holistic approach to development. PondyCAN telah menghasilkan sebuah video dokumentari yang bertajuk “‘India’s Disappearing Beaches”. Video ini dihasilkan bertujuan untuk menyedarkan semua pihak mengenai isu hakisan pantai di India yang sudah teruk. Dokumentari selama 15 minit ini menjelaskan bagaimana pasir dibekalkan ke pantai, pasir di pantai berasal daripada daratan dan diangkut ke melalui sungai, tindakan ombak dan arus laut merupakan aspek penting supaya pasir dipantai sentiasa bergerak. Tetapi pada tahun 1986 sebuah perlabuhan telah dibina di Puducherry dan memusnahkan pantai. Pemecah ombak yang dibina telah menggangu pergerakan “shore drift”. Hakisan pantai telah memberikan kesan yang buruk kepada nelayan.
Selain itu dalam dokumentari ini menjelaskan cara menyelesaikan masalah hakisan pantai dengan mencadangkan mengunakan kaedah ‘sand by-pass system’. Kaedah ini dilakukaan dengan mengorek pasir berlebihan yang terkumpul di sebelah selatan perlabuhan dan dipindahkan ke sebelah utara .Selain itu turut mencadangkan supaya ada rancangan pembangunan pantai dan mengawal selia perlabuhan dengan tegas.




Kempen pembersihan pantai telah dianjurkan oleh Red River Delta Adaptation and Youth (READY).  Kempen pembersihan pantai telah disertai oleh pelajar, pegawai tentera dan pegawai kerajaan. Kumpulan sukarelawan ini telah mengumpul sampah di pantai Tung Thu dan Cat Co, di Tung Dinh Lake dan di pelabuhan , kemudian sisa diklasifikasikan kepada kategori yang berlainan.Program yang dianjurkan oleh READY telah berjaya mengajak golongaan belia untuk bersama menjadi perintis menyebarkan maklumat mengenai perjagaan alam sekitar kepada nelayan.